2nd day, 3rd day and 4th day trip to Langkawi. 8/12/2013 & 9/12/2013 & 10/12/2013

Assalamualaikum. Ni sambungan dari 1st day trip to Langkawi.

Hari kedua, 8/12/12013
Bangun pagi dengan letihnya, hahaha. Dalam pukul 8 gitulah, me and family terus gi sarapan kat hotel yang aku stay tu. Ni jenis buffet lah. Makanan ye banyak lah jugak. Dan SEDAP :D



Ada nasi lemak, hotdog, bean sos and everything ye. Boleh tambah banyak kali kalau nak HAHA.


Ni lah hotel yang aku stay. Besar gila tempatnya. Tak caya? Search lah: Bella Vista. 


And, depan hotel ni, laut ye. Segar sangat hoho bangun pagi je dah hirup udara segar depan laut haha amacam?


Mata ikan. lawak gambar ni. Cer perhatikan orang belakang haha


Ni kat hotel. Sementara sarapan, tunggu kereta sewa sampai. tadaaa!

Cantik gilos kereta ni.


Bagi ikan makan. Kat mana ntah hahaha tapi tempatnya luas gila. Lebih macam tempat shopping2 lah. Korang kalau gi Langkawi memang kena singgah tempat ni. Ada cable car, 6d movie, duck travel and macam2. 


Ni tempat yang sama macam kat atas. Ni cable car. Nampak tak menara tu? Haa tu baru separuh tau. Ada tinggi lagi.


Tiket cable car.





Ni masa nak naik bot. Tempat yang sama gak dengan cable car. Senang cakap, satu hari tu aku kat sini je lah HAHA sebab banyak benda boleh buat kat sini. Sampai aku kepenantan. Hah ye, naik bot ni, korang boleh lelama. Haa best tak best tak? Sampaikan, masa aku dengan adik aku dah nak naik tu, pakcik tu suruh aku lama lagi. Haha pakcik tu tanya, "Hai dah nak naik dah, sambung lah lagi" camtu kau haha.


Aku naik bot kat sini lah.



Sweet tak -.-



Selepas kepenatan, kiteorang pun balik. Tapi bukan hotel yang sama ye. Kiteorang pindah hotel Aseania pulak! Hotel ni lagi gurgouse? Haha pape ah xD *xtau eja*


Sory terbalik >.< Kebetulan, hotel aku bebetul dekat dengan swimming pool. Eh bukan swimming dah. Dah macam waterfall k! Tak caya? Tengok bawah.


Hah besar gila k. Ni aku tangkap dari tingkap hotel aku. So tak jelas sangatla. Kalau korang tengok jambatan tu, ada papan tulis "lazy pool" maknanya semua ni macam terbahagi kepada 4 bahagian la. Sebelah lazy pool, ada wave pool. Then sebelah wave pool tu ada macam waterfall, ada tempat terjun lah, cendawan lah. Dan sebelahnya baru pool yang dalam punya. Orang tinggi macam aku je boleh berenang kat situ haha xp


Ni senarai makan malam. Sodap. Lepas dah sampai hotel baru, kiteorang mandi kat pool, then mandi, siap2, solat jamak, then makan malam.


Lepas makan, singgah Haji ismail group. Kira tu tempat shopping mall pemes ah kat sana. Besar sangat tempatnya. Beli macam2. Sudu lah, beg galas, senduk, cokelat, minyak wangi, baju, kasut dan lain2. 

Hari ketiga,9/12/12013


Sarapan. Ni nasi lemak udang. Tapi bukan aku makan haha. Ni adik n abah aku makan. Aku makan kat hotel, abah n adik makan kat tmpt lain.


Nasi lemak ____? Entah haha. Okay lepas dah sarapan, kiteorang pergi naik bot woo. Bukan naik bot tengok air laut je k. Tapi ada macam2 aktiviti ye kawan2. Bot ni dalam masa 4 jam perjalanan nye termasuk aktiviti2.



Okay dah naik bot, kita singgah aktiviti pertama dulu ye. Kat sini, kena bayar dulu sebelum masuk. Boleh bagi makan ikan, sentuh, rasa, EH? Hehehe. 




Indah kan?


Okay setelah aktiviti pertama selesai. Saya naik bot dan terus ke destinasi seterusnya. Ya! Tasik dayang bunting. Tu gambar dari bot. Abah snap.


Okay sampai dah jeti tasik dayang bunting.




Ni suasana dalam tasik Dayang Bunting.


Masa ni rasa geli je. Rendam kaki, dalam tu ada ikan keli.







Okay ni destinasi yang ketiga. Kat tepi pantai. Singgah makan, main pasir, ada jugak yang singgah mandi kat sini.



Next LOCATION: Pulau Singa! Kasik itu burung Helang Makan! :)


Lepas dah 4 jam naik bot, balik hotel jap, makang lah apelagi. hekhek. Setelah itu, kita mandi satnaa. Sebab badan dah berpeluh kerana banyak aktiviti bot. Okay gambar diatas di Beras Terbakar. Tu papan nye. Bagi bukti haha *sangat* 


Seterusnya, kita pergi dataran Helang. 






Posing tegak. Hahaha


Lepas gi dataran Helang, kita shopping!! Hahaha.

Hari keempat,10/12/12013


Tiket Under waterworld. Sorry terbalik >.<












Comey kannnn? Kan?











Nest destination: Laman Padi.



Seterusnya, kiteorang pergi Kota Mahsuri.



Kebetulan, masa kiteorang pergi kota mahsuri tu dalam pukul 2.00 tau, sebab aku memang teringin gila nak pergi sini. Sebab aku minat dengan benda sejarah, tp tak minat sejarah. Camne tu? Hehehe. Masa pukul 2.00 tu, ada teater pulak. Hoho taktau plak ada teater. So masuklah teater, dan kebetulan jgak, ada discount. Rezeki, alhamdulillah :) Teaternye best sangat! Teater ni satu jam setengah.


Rumah mahsuri.


Belakang tu ada telaga mahsuri. Kalau nak beli airnya, RM 2.00 satu botol! Manis!




Okay lepas dah jalan2 semua tempat, apelagi, kita pergi airport ler. Nak balik nak balik hahaha. Penat. Sampai airport dalam pukul 6.00. So solat maghrib terus lah kat sana, makan sekali. Pastu masa tunggu giliran tu, tetiba ada anoucment *xtau eja* pukul 10.40 baru kapal terbang sampai. Hampeh. Lama gila tunggu. Dan akhirnyaaa, sampai KL. Terus angkat beg, cari Pak Uda. Sampai rumah Pak uda dalam pukul 12. So bayangkanlah aku sampai rumah aku dalam pukul berapa. Dalam perjalanan balik tu aku tidur je, tak terbangun langsung. Penat bah. 

K itu je story yang aku nak share. Supaya nanti korang dah sampai sana, korang bolehlah singgah ;D Kbai. Assalamualaikum.


THANKS FOR READING THIS :) LIKE IF YOU LIKE ♥